Sunday, 16 October 2016


RESEPI CUPCAKE OREO




Bahan-bahannya 


  • 125 gram mentega
  • 1/2 cawan gula perang atau brown sugar
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu teh baking powder ( digaul rata dan diayak)
  • 2 biji telur gred A
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 5 keping biskut oreo - kisar bersama krimnya sekali
  • Beberapa keping biskut oreo untuk hiasan


Bahan untuk buttercream



    • 125 gram mentega
    • 70 gram krimwell
    • 80 gram gula ising diayak
    • 1/2 sudu teh esen vanilla
    • 2 sudu besar susu pekat manis


    Cara-cara membuatnya 



    1. Mula-mula panaskan oven pada suhu 175C. Dalam mangkuk mixer, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sehingga sebati. 
    2. Kemudian Isikan bahan aduan tadi dalam cup yang disediankan (1/2 cawan jika anda ingin sapu buttercream atau 3/4 cawan sekiranya anda inginkan yang gebu. Setelah selesai, bakar selama 10 - 15 minit. Sejukkan sebentar sebelum hias dengan buttercream dan biskut oreo. Anda juga boleh gantikan dengan strawberry jika mahu.
    3. UNTUK BUTTERCREAM. Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. kemudian isi aduan dalam piping bag...hias sebagaimana yang diinginkan. Letakkan biskut oreo sebagai hiasan.



           Selamat mencuba!

    RESEPI CHEESEKUT SIMPLE TAPI SEDAPP!


    Image result for resepi cheesekut

    Bahan-bahan resepi cheesekut cara mudah dan sedap;

    • Cream cheese 250 gram (  guna brand Tatura)
    • ¾ tin susu pekat yang saiz kecil (@secukup rasa-manis)
    • Biskut cream cracker (guna brand Luxury Original- biru)
    • Susu kotak kecil 250 mL (guna brand HL)
    • Nestum

          Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat cheese


    Cara-cara masakan resepi cara cheesekut mudah dan sedap;

    • 1. Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat dan sedikit susu kotak (2 sudu) dan gaulkan sebati. Kemudian pukul sampai kembang (jadi cream).Guna mixer lagi cepat dan senang.
    • 2. Pastu, sediakan bekas acuan (prefer yang berbentuk empat segi supaya senang nak susun biskut).
    • 3. Celup biskut ke dalam susu kotak HL (untuk lembapkan biskut) dan susun ke dalam bekas acuan. Kalau ada lubang2 kecil, patah2kan biskut dan isi sampai penuh dan tutup semua lubang.
    • 4. Kemudian sapukan cream cheese (Step 1) diatas biskut yang disusun. Taburkan nestume di atas lapisan cream cheese. Korang ulang la lapisan tu mengikut aturannya iaitu biskut, cream cheese dan nestum. Berapa lapis? Ikut suka tapi suggestion 4 lapis biskut.
    • 5. Lapisan paling akhir@atas sekali lagi better korang letak cream cheese tebal sikit.
    • 6. Dah siap. Simpan dalam peti semalaman dan esok boleh la menjamu cheesekut.
    • Macam mana? Mudah je kan resepi cheesekut yang cik tom kongsikan kali ni. Kalau rajin buat boleh amik open order kat ofis tau. Shida pernah amik order buat cheesekut ni. Memang berbaloi. Ni salah satu cara nak cari sideincome dari rumah jugak.
    • Selamat mencuba resepi cheesekut mudah dan sedap!



    Monday, 10 October 2016


    RESEPI KEK KEJU MELELEH




    Image result for resepi kek cheese

    Bahan-bahan:

    Untuk kek 

    • 100 g tepung hongkong (saya guna tepung gandum)*
    • 60 g tepung jagung*
    • 1 sudu kecil baking powder*
    • 1 sudu besar ovalette
    • 100 g gula kastor
    • 4 biji telur (saya guna telur gred A)
    • 2 biji kuning telur
    • 50 ml air sejuk (air dari peti sejuk)
    • 75 g mentega cair
    • sedikit esen vanilla


    Cara-cara membuat:


    1. Ayakkan dahulu bahan yg bertanda *.
    2. Campur semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair. Putar lagi, sebatikan
    3. Sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dengan sedikit butter
    4. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 45minit. Guna api atas dan bawah.

    Untuk cream:



    • 250 g cream cheese
    • 120 g susu pekat manis
    •  50 ml UHT whipping cream (satukan ketiga bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul)


    Untuk topping:



    • 1 buku HIMELT CHEESE dalam 250g (sesuai untuk snow cheese cake, roti, sandwich, burger dan pelbagai kegunaan kerana ianya adalah 'HEAT STABLE CHEESE' (dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan)

    Cara penyediaan:



    1. Kek yg dimasak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi kepada 2 keping, saya bahagikan kepada 2 keping guna benang.
    2. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
    3. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
    4. Akhir sekali, taburkan HIMELT CHEESE yg telah diparut tadi keseluruh kek sebagai topping.
    5. Sebelum di makan.. masukkan dalam peti ais dulu yee.. dalam 1-2 jam. lepas tu baru potong.

    Selamat mencuba!